TAHNIAH

TAHNIAH
TAHNIAH ANDA BERPELUANG MELABUR YANG MENGUNTUNGKAN

Friday, August 26, 2011

Pamphlet for Sale

Sebagaimana maklum syarikat Public Gold ada menyediakan pamplet untuk kegunaan  agen-agen Public Gold. Saya juga ada menyediakan pamphlet  untuk kegunaan  agen-agen Public Gold. Pamplet menyediakan ruang untuk mencetakan maklumat anda sebagai agen Public Gold.



Kos untuk mendapatkan pamplet ini sebanyak RM30 setiap 100 helai. Dalam masa promosi ini, kos pos adalah percuma. Jika berminat sila hubungi saya di bawah;

Md.Yusof Theeran
(Hp: 013-3283828)
Email: yusoftheeran@hotmail.com

Gaddafi mungkin jual simpanan emas Libya

MILAN 25 Ogos - Bekas Gabenor Bank Pusat Libya, Farhat Bengdara mendakwa Muammar Gaddafi akan cuba menjual sebahagian daripada simpanan emas Libya bagi membayar kos mendapatkan perlindungan dan menaja usaha menghuru-harakan hubungan antara puak di negara ini.

Bengdara yang menyokong gerakan pemberontak berkata, sekutu Gaddafi sebelum ini menawarkan 25 tan emas kepada seorang rakannya tidak lama dahulu.
''Rakan saya merujuk penjualan itu kepada saya dan saya mencadangkan mereka menolaknya. Tetapi ia merupakan petunjuk yang jelas,'' katanya kepada akhbar Itali, Corriere della Sera hari ini.
Beliau berkata, rakannya itu bukan seorang warga Libya, namun tidak memberikan maklumat lanjut.
''Simpanan emas bernilai AS$10 bilion (RM30 bilion) berada di Tripoli dan Gaddafi telah mengambil sejumlah daripadanya,'' ujarnya.
Bengdara percaya Gaddafi sudah meninggalkan Tripoli dan kini menuju ke sempadan Algeria.
''Kini, beliau akan membayar sejumlah puak dan kumpulan militan bagi mendapat perlindungan dan mewujudkan keadaan huru-hara,'' ujarnya.

Bekas Gabenor Bank Pusat yang kini Pengarah bank UniCredit Itali berkata, Libya memerlukan AS$5 hingga AS$7 bilion (RM15 hingga RM21 bilion) sebagai pinjaman berterusan untuk memulakan semula sistem bank dan membayar import.
''Libya tidak memerlukan peminjam kerana ia merupakan sebuah negara kaya. Aktiviti negara daripada Pihak Berkuasa Pelaburan, bank pusat dan simpanan emas bernilai AS$168 bilion. Tetapi semua itu telah dibekukan,'' ujarnya.
Beliau berkata, ia akan memakan masa berbulan-bulan dan satu resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencairkannya. – REUTERS



RE : Simpan emas harga meningakat, boleh jual ke seluroh dunia. Pelaburan saham jika dibekukan oleh kerajaan, pelaburan hilang begitu saja.

Thursday, August 25, 2011

Harga emas terus tinggi, Melonjak ke paras RM180 segram

Oleh Mahanum Abdul Aziz
BERITA HARIAN 2011/08/23


HARGA emas terus melonjak ke paras tertingginya dalam sejarah iaitu pada AS$1,888.90 seaun atau kira-kira RM180 segram semalam berikutan kebimbangan berterusan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kemelesetan
berganda, di samping krisis hutang di Eropah yang semakin meruncing.

Keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini menggalakkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga itu kerana ia antara pelaburan lindung nilai yang terbaik ketika krisis ekonomi. Ketua Penyelidik Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pihaknya menjangkakan harga emas bakal mencecah paras AS$1,900 seaun dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan dolar AS secara berterusan dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi sekali lagi di AS.
Beliau berkata, pihaknya juga melihat harga emas mempunyai potensi untuk mencecah paras AS$2,000 seaun menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap logam berharga itu kerana pelabur lebih gemar melabur dalam emas ketika ketidaktentuan pasaran dunia.

“Penurunan penarafan hutang AS menggalakkan pemegang bon AS menjual pegangan masing-masing dan membeli emas. Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi baru di AS serta kelemahan dolar juga mendorong harga emas untuk melonjak ke paras tertinggi,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Kebanyakan penganalisis pasaran sebelum ini menjangkakan permintaan bagi emas akan terus meningkat pada masa depan terutama dari China dan India didorong peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Mereka melihat keadaan tidak menentu di AS dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

“Prospek ekonomi AS yang malap berserta data ekonomi yang lemah ditambah krisis hutang Eropah yang semakin meruncing telah mendorong harga emas terus melonjak lebih daripada sukuan sejak Julai lalu,” jelas seorang penganalisis pasaran.

“Kami tidak melihat sebarang faktor positif yang dapat menyokong ekonomi AS dalam tempoh beberapa bulan ini,” tambahnya.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Friday, August 12, 2011

Harga emas lepasi paras AS$1,800 seaun

NEW YORK 11 Ogos - Harga emas dunia melepasi paras AS$1,800 (RM5,400) seaun semalam buat pertama kalinya selepas pelabur menarik keluar pelaburan mereka bagi membeli kontrak komoditi itu.
Emas menjadi kegemaran pelabur bagi berhadapan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu pada masa ini.
Sementara itu, di awal dagangan pasaran emas Asia, komoditi tersebut melonjak ke paras tertinggi AS$1,814.50 (RM5,443.50) hingga AS$1,815.50 (RM5,446.50) seaun.

Rekod itu dicatatkan selepas pasaran ekuiti Asia menjunam pada dagangan awal, dengan Tokyo kerugian sehingga dua peratus, Seoul pula jatuh sebanyak empat peratus dan Sydney didagangkan 1.5 peratus lebih rendah.
Para pelabur telah dikejutkan dengan kemungkinan penurunan taraf kredit Perancis yang berada dalam keadaan terumbang-ambing selepas penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) diturunkan untuk pertama kalinya.
Khabar angin tentang penurunan taraf kredit Perancis itu timbul ekoran masalah yang dihadapi oleh beberapa bank di negara itu dan menguatkan lagi kebimbangan krisis hutang zon Eropah yang telah merebak.
Pelabur-pelabur bimbang bahawa Itali dan Sepanyol akan menjadi negara seterusnya yang tidak mampu membayar hutang mereka.
Sistem kewangan Eropah berada dalam keadaan buruk disebabkan oleh pihak bank yang memegang bon negara-negara yang mempunyai hutang besar seperti Greece dan Portugal.
Para pelabur dilihat berpaut kepada apa yang mereka rasakan sebagai pelindung nilai berbanding turun naik pasaran saham dan mata wang.
Komoditi itu pernah didagangkan sekitar AS$900 (RM2,700) pada musim panas 2008 sebelum krisis kewangan berlaku pada tahun itu. - Agensi

Thursday, August 11, 2011

Dinar: Masa lancar RM323, hari ini RM809

Rizal Tahir   

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.



RE : Semak harga emas Public Gold. Rujuk tip membeli emas di dalam blog Rangkaianemas keluaran Jun 2011. Selamat melabur.

Wednesday, August 10, 2011

BONUS ADA KESAN SAMPINGANNYA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, semalam.  Pemberian bonus  tidak kira miskin atau kaya, tentunya gembira membantu mereka meningkatkan daya beli menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. Bonus ini memberi kesan sampingan kenaikan inflasi.
  • Harga makanan dan pakaian meningkat.
  • Harga perabut dan emas akan meningkat.

Rakyat berpendapatan rendah dan sederhana boleh membuat persiapan hari raya seperti makanan dan pakaian. Penerima bonus yang kaya bertambah potensi untuk membeli perabut, barang kemas, simpanan dan pelaburan. Penerima-penerima bonus dinasihatkan supaya menggunakan bonus tersebut secara cermat dengan melakukan perkara yang berfaedah. Nasihat ini berguna juga kepada semua  pembaca agar menggunakan wang secara bijak.


RE : Yang nak tambah kaya boleh tambah simpanan emas daripada simpan duit.

Thursday, August 4, 2011

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa (Sambungan 2)

Dari Web Traungkite
Posted: Mon Jul 25, 2011 12:02 am 

Amaran 4: Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman...di mana tiada apa yang bernilai...dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]




Amaran 5: Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya...memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011.
Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article

Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang!
Link: http://efendybloger.blogspot.com/2011/03/profesor-harvard-ingatkan-ancaman.html

Ini saja yang sempat saya kongsikan bersama pembaca semua...terpulang untuk mempercayainya atau tidak...saya bukanlah dari background ekonomi, sasterawan, mahupun ahli sejarah...


Last edited by Mellayunet on Mon Jul 25, 2011 12:10 am


Ini duit Malaysia juga: Dulu laku sekarang tak laku

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa

Dari Web Traungkite
Posted: Mon Jul 25, 2011 12:02 am 

Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas!
Link: http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441



Duit penjajah: Dulu laku sekarang tak laku

Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu!
Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/

Amaran 3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini...bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita... Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan...




Bersambung…


Wednesday, August 3, 2011

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

SEOUL 2 Ogos - Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.

Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).
Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.
Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan


Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.
Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.

Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia - dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.
''Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,'' kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.
Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.
Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. - Reuters




Rangkaian Emas : Cepat!! Melabur Emas dengan kami.

Tuesday, August 2, 2011

Prestasi harga emas diunjur terus melonjak

Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2011/08/02

Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun

PELABURAN dalam emas diunjurkan mampu memberikan pulangan sehingga 24 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan harga logam berharga itu dijangkakan mencecah AS$2,100 seauns menjelang 2014. Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata permintaan bagi emas dijangkakan terus meningkat terutama dari China serta India berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.


Beliau berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu berikutan masalah hutang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing. 

 
Pelaburan emas 24% setahun
Pelaburan ASN, ASB ?
Tabung haji ?
Bank Rakyat ?
Kopersi Felda ?
FIKIRLAH SENDIRI.