Harga emas bakal
cecah RM15,735
Oleh
JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my
johanna.sobrey@kosmo.com.my
|
|
KUALA LUMPUR - Harga emas dijangka mencecah sehingga
AS$5,000 (RM15,735) setiap auns menjelang tahun 2020, kata Ketua Penyelidikan
Komoditi Global Standard Chartered Bank, Hsi Han Pin (gambar).
Menurut beliau, ini berdasarkan kepada kenaikan harga
komoditi itu yang telah meningkat kukuh sebanyak 23 peratus pada 1 Disember
tahun lalu dengan harga sekitar AS$1,700 (RM5,350) setiap auns.
Malah
katanya, harga emas juga telah meningkat empat kali ganda sejak empat tahun
lalu dan kini mencecah kira-kira AS$1,600 (RM5,035) setiap auns