Jejak kotor firma MLM Malaysia di Bangalore
CHENNAI 11 Sept. — Jejak kotor sebuah syarikat jualan langsung berpangkalan di Malaysia dikesan di Bangalore, selepas polis bandar raya mendedahkan komplot laman kewangan itu dengan penangkapan tiga ejen tempatan.
Polis di ibu negara teknologi maklumat India itu percaya ia merupakan syarikat yang sama yang berdaftar di Batu Caves yang memperdaya hampir 70,000 pelabur miskin di kawasan luar bandar Manipur yang terletak di bahagian timur laut India, terbabit di Bangalore.
"Tidak syak lagi tentang itu, ia merupakan syarikat sama dengan cawangan yang banyak.
"Mereka juga beroperasi di Manipur. Kami ingat sekurang-kurangnya 500 hingga 1,000 orang telah melabur di sini dengan syarikat yang berpangkalan di Malaysia," kata seorang pegawai kanan polis, yang biasa dengan penyiasatan itu, kepada Bernama.
Minggu lepas, polis menangkap pengurus besar dan seorang akauntan UNIPAY2U yang mempunyai kaitan dengan syarikat induk di Malaysia yang menawarkan pulangan menarik kepada para pelabur sehingga setinggi 20 peratus atau lebih.
Syarikat yang digelar pencipta kekayaan dengan pejabat di Puchong Jaya itu didakwa turut memperkenalkan skim pelaburan istimewa yang lain seperti 'Visarav' dan 'Unit Gold 2U'.
Pelaburan yang sama juga dilancarkan di Manipur pada 2009 dan pengusaha menghilangkan diri selepas syarikat itu diserbu, menyebabkan ramai mengalami masalah kewangan.
Menurut siasatan polis, syarikat itu telah beroperasi di Bangalore selama hampir setahun dengan ramai ejen-ejen tempatan memperomosikan model pelaburan palsu.
"Kami menjangkakan ramai lagi orang akan membuat aduan selepas tangkapan.
Kes ini telah dipindahkan kepada CID (Cawangan Siasatan Jenayah) kerana ia membabitkan sebuah syarikat luar dan mereka akan menggunakan saluran rasmi untuk menyiasat syarikat Malaysia itu," kata pegawai itu.
Sementara itu, polis Manipur juga telah memburu ejen-ejen yang terbabit mempromosikan skim cepat kaya tetapi ramai telah menghilangkan diri. — BERNAMA
RE: Pelabur dalam skim cepat kaya tidak faham bagaimana keutungan pelaburan diperolehi . Mereka ini ibaratkan menjana keuntungan secara mistik. Sila baca artikal saya bulan Jun 2011, saya telah terangkan ‘Apa itu Pelaburan Emas”
No comments:
Post a Comment