KUANTAN 26 Jan. - Habib Jewels Sdn. Bhd.
menyasarkan perluasan rangkaian kedai pajak gadai Islam miliknya, Ar-Rahnu
Express di seluruh negara tahun ini berikutan sambutan orang ramai yang
menggalakkan.
Pengurus Besar Ar-Rahnu Express, Abdul Razak
Abdul Kadir berkata, peluasan itu akan dilakukan secara berperingkat dengan
Gombak bakal menempatkan cawangan keempat Ar-Rahnu Express yang mula beroperasi
pertengahan bulan depan.
"Pada hari ini kita telah pun membuka cawangan
ketiga produk Ar-Rahnu Express sebagai pelaburan pertama di Pahang selepas dua
lagi di ibu negara.
"Mengikut perancangan kita, pada
pertengahan Februari nanti, satu lagi cawangan akan dibuka di Gombak seterusnya
di Sungai Buloh dan Subang Jaya pada akhir Mac ini," katanya.
Beliau ditemui pada majlis perasmian pembukaan
Ar-Rahnu Express di Jalan Putra Square dekat Malay Town di sini, hari ini.
Menurut beliau, pelaburan dalam perkhidmatan
pajak gadai Islam dilihat amat memberangsangkan memandangkan pengguna kini
menjadikan emas sebagai aset pelaburan