KOTA BHARU - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam
memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan
perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof.
Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat
selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang
meragukan.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan
Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua
transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.
"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama,
bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah
perdagangan di Internet atau broker.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Oleh
ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
adham.shadan@kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment