TAHNIAH

TAHNIAH
TAHNIAH ANDA BERPELUANG MELABUR YANG MENGUNTUNGKAN

Thursday, February 16, 2012

Habib Jewels luaskan rangkaian Ar-Rahnu Express


KUANTAN 26 Jan. - Habib Jewels Sdn. Bhd. menyasarkan perluasan rangkaian kedai pajak gadai Islam miliknya, Ar-Rahnu Express di seluruh negara tahun ini berikutan sambutan orang ramai yang menggalakkan.
Pengurus Besar Ar-Rahnu Express, Abdul Razak Abdul Kadir berkata, peluasan itu akan dilakukan secara berperingkat dengan Gombak bakal menempatkan cawangan keempat Ar-Rahnu Express yang mula beroperasi pertengahan bulan depan.

"Pada hari ini kita telah pun membuka cawangan ketiga produk Ar-Rahnu Express sebagai pelaburan pertama di Pahang selepas dua lagi di ibu negara.

"Mengikut perancangan kita, pada pertengahan Februari nanti, satu lagi cawangan akan dibuka di Gombak seterusnya di Sungai Buloh dan Subang Jaya pada akhir Mac ini," katanya.

Beliau ditemui pada majlis perasmian pembukaan Ar-Rahnu Express di Jalan Putra Square dekat Malay Town di sini, hari ini.

Menurut beliau, pelaburan dalam perkhidmatan pajak gadai Islam dilihat amat memberangsangkan memandangkan pengguna kini menjadikan emas sebagai aset pelaburan

Tambat mata wang ikut nilai emas


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.

Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasi pihak-pihak tertentu.

Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.

Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.

"Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.

"Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan," katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.

"Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal tindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan," ujarnya.

Haram main Forex Internet


KOTA BHARU - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.
"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.

"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my