TAHNIAH

TAHNIAH
TAHNIAH ANDA BERPELUANG MELABUR YANG MENGUNTUNGKAN

Thursday, February 16, 2012

Habib Jewels luaskan rangkaian Ar-Rahnu Express


KUANTAN 26 Jan. - Habib Jewels Sdn. Bhd. menyasarkan perluasan rangkaian kedai pajak gadai Islam miliknya, Ar-Rahnu Express di seluruh negara tahun ini berikutan sambutan orang ramai yang menggalakkan.
Pengurus Besar Ar-Rahnu Express, Abdul Razak Abdul Kadir berkata, peluasan itu akan dilakukan secara berperingkat dengan Gombak bakal menempatkan cawangan keempat Ar-Rahnu Express yang mula beroperasi pertengahan bulan depan.

"Pada hari ini kita telah pun membuka cawangan ketiga produk Ar-Rahnu Express sebagai pelaburan pertama di Pahang selepas dua lagi di ibu negara.

"Mengikut perancangan kita, pada pertengahan Februari nanti, satu lagi cawangan akan dibuka di Gombak seterusnya di Sungai Buloh dan Subang Jaya pada akhir Mac ini," katanya.

Beliau ditemui pada majlis perasmian pembukaan Ar-Rahnu Express di Jalan Putra Square dekat Malay Town di sini, hari ini.

Menurut beliau, pelaburan dalam perkhidmatan pajak gadai Islam dilihat amat memberangsangkan memandangkan pengguna kini menjadikan emas sebagai aset pelaburan

Tambat mata wang ikut nilai emas


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.

Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasi pihak-pihak tertentu.

Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.

Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.

"Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.

"Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan," katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.

"Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal tindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan," ujarnya.

Haram main Forex Internet


KOTA BHARU - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.
"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.

"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

Tuesday, January 17, 2012

Harga emas bakal cecah RM15,735


Harga emas bakal cecah RM15,735

Oleh JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my

 




KUALA LUMPUR - Harga emas dijangka mencecah sehingga AS$5,000 (RM15,735) setiap auns menjelang tahun 2020, kata Ketua Penyelidikan Komoditi Global Standard Chartered Bank, Hsi Han Pin (gambar).

Menurut beliau, ini berdasarkan kepada kenaikan harga komoditi itu yang telah meningkat kukuh sebanyak 23 peratus pada 1 Disember tahun lalu dengan harga sekitar AS$1,700 (RM5,350) setiap auns.

Malah katanya, harga emas juga telah meningkat empat kali ganda sejak empat tahun lalu dan kini mencecah kira-kira AS$1,600 (RM5,035) setiap auns

Tuesday, September 13, 2011

SKIM CEPAT KAYA 'Unit Gold 2U'.

Jejak kotor firma MLM Malaysia di Bangalore
CHENNAI 11 Sept. — Jejak kotor sebuah syarikat jualan langsung berpangkalan di Malaysia dikesan di Bangalore, selepas polis bandar raya mendedahkan komplot laman kewangan itu dengan penangkapan tiga ejen tempatan.
Polis di ibu negara teknologi maklumat India itu percaya ia merupakan syarikat yang sama yang berdaftar di Batu Caves yang memperdaya hampir 70,000 pelabur miskin di kawasan luar bandar Manipur yang terletak di bahagian timur laut India, terbabit di Bangalore.
"Tidak syak lagi tentang itu, ia merupakan syarikat sama dengan cawangan yang banyak.
"Mereka juga beroperasi di Manipur. Kami ingat sekurang-kurangnya 500 hingga 1,000 orang telah melabur di sini dengan syarikat yang berpangkalan di Malaysia," kata seorang pegawai kanan polis, yang biasa dengan penyiasatan itu, kepada Bernama.
Minggu lepas, polis menangkap pengurus besar dan seorang akauntan UNIPAY2U yang mempunyai kaitan dengan syarikat induk di Malaysia yang menawarkan pulangan menarik kepada para pelabur sehingga setinggi 20 peratus atau lebih.

Syarikat yang digelar pencipta kekayaan dengan pejabat di Puchong Jaya itu didakwa turut memperkenalkan skim pelaburan istimewa yang lain seperti 'Visarav' dan 'Unit Gold 2U'.
Pelaburan yang sama juga dilancarkan di Manipur pada 2009 dan pengusaha menghilangkan diri selepas syarikat itu diserbu, menyebabkan ramai mengalami masalah kewangan.
Menurut siasatan polis, syarikat itu telah beroperasi di Bangalore selama hampir setahun dengan ramai ejen-ejen tempatan memperomosikan model pelaburan palsu.
"Kami menjangkakan ramai lagi orang akan membuat aduan selepas tangkapan.
Kes ini telah dipindahkan kepada CID (Cawangan Siasatan Jenayah) kerana ia membabitkan sebuah syarikat luar dan mereka akan menggunakan saluran rasmi untuk menyiasat syarikat Malaysia itu," kata pegawai itu.
Sementara itu, polis Manipur juga telah memburu ejen-ejen yang terbabit mempromosikan skim cepat kaya tetapi ramai telah menghilangkan diri. — BERNAMA

RE:  Pelabur dalam skim cepat kaya tidak  faham bagaimana keutungan pelaburan diperolehi . Mereka ini ibaratkan  menjana keuntungan secara mistik.  Sila baca artikal saya bulan Jun 2011, saya telah terangkan ‘Apa itu Pelaburan Emas”

Wednesday, September 7, 2011

Penyokong Gaddafi lari ke Niger bawa emas, duit

BENGHAZI: Penyokong setia bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memasuki Niger awal pagi semalam dengan konvoi terdiri daripada beberapa kenderaan, membawa bersama wang tunai dan emas.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang memerintah negara itu berkata, konvoi berkenaan memasuki Niger dari Jufra dengan bantuan puak Tuareg, suku kaum yang tinggal di sempadan kedua-dua negara. Pegawai berkenaan berkata, konvoi itu membawa emas dan wang yang diambil di cawangan Bank Pusat Libya di Sirte. – AP



RE :  Emas yang di bawa oleh pelariah Libya memang laku di seluroh dunia termasuk Niger. Harap-harap duit Libya yang mereka bawa juga laku di Niger. Jika mereka bawa sijil saham atau buku bank tidak laku di Niger itu.

Tuesday, September 6, 2011

HABOK EMAS PUN SANGAT BERNILAI

Larikan serbuk emas RM200,000

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 5 Sept. – Polis memburu tiga individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Bukit Mok Mek, Jertih, pada 31 Ogos lalu, sebelum melarikan serbuk emas dan barangan perak bernilai RM200,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek yang berusia lingkungan 30-an itu dipercayai turut aktif melakukan kes curi di Pahang dan Lembah Klang.
Katanya, ia berdasarkan hasil siasatan ke atas seorang suspek berusia 28 tahun berasal dari Bentong, Pahang, yang ditahan pada hari kejadian berkenaan.
“Hasil siasatan kita percaya dua lagi suspek yang melarikan diri itu, dibantu isteri salah seorang daripadanya dan turut bersekongkol memecah masuk kedai emas tersebut,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, suspek dipercayai memasuki sebuah kedai kosong yang terletak bersebelahannya sebelum menebuk dinding kedai emas terbabit.
“Mereka berjaya memasuki kedai emas itu namun gagal memasuki bilik kebal tempat simpanan barang kemas.
“Suspek hanya dapat sejumlah serbuk emas dan barangan perak dianggarkan bernilai kira-kira RM200,000 yang tidak disimpan di dalam bilik kebal,” katanya.
Menurut beliau, polis yang mendapat maklumat bertindak pantas menyerbu kedai itu dan berjaya menahan salah seorang suspek ketika cuba melarikan diri dengan sebuah Perodua Myvi tidak jauh dari tempat kejadian.


RE :  Jika nak melabur emas, belilah emas fizikal seperti jongking emas, siling emas (Dinar), barang kemas atau habuk emas. Berhati-hati jika melabur skim emas yang memberi anda janji keuntungan dengan cara anda mendapat surat kontak penjajian, surat gadai emas  atau ‘cek postdated’ .