TAHNIAH

TAHNIAH
TAHNIAH ANDA BERPELUANG MELABUR YANG MENGUNTUNGKAN

Thursday, June 23, 2011

PELABURAN EMAS VS SKIM PELABURAN EMAS



Ramai yang terkeliru di antara konsep  pelaburan emas dengan skim pelaburan (atau saham) emas. Semasa saya buat promosi pelaburan emas,  saya sering mendapat soalan seperti ” jika saya beli emas dengan tuan boleh kah saya jadi kaya ?” dan ” berapakah pendapatan bulanan saya?". Pelaburan emas dengan skim pelaburan emas merupakan konsep yang berbeza.Sebagai panduan, saya huraikan secara ringkas maksud pelaburan emas. Sebagai panduan, saya huraikan secara ringkas maksud pelaburan emas.
Sebagaimana Pelaburan hartatanah, ia bermaksud anda membeli rumah atau tanah. Anda mendapat pulangan atau keuntungan dari hasil sewa bulanan.  Keuntungan hartatanah juga boleh diperolehi semasa anda menjual semula hartatanah tersebut pada harga yang tinggi. Begitu juga pelaburan emas yang  bermaksud anda membeli emas.  Pelaburan emas tidak ada keuntungan dari hasil sewa bulanan berbanding dengan hartatanah.  Keuntungan emas boleh diperolehi semasa anda menjual semula emas tersebut pada harga yang tinggi


Pelabur yang kurang pengetahuan tetapi taksub dengan konsep 5 D ( duduk diam diam dapat duit) boleh terperangkap dengan penyagak pelaburan.  Pada dasarnya, tiada skim pelaburan emas yang ada hanyalah Skim simpanan akaun emas di dalam bank dan skim amanah saham. Beberapa syarikat menggunakan kesempatan menggunakan nama  ‘skim pelaburan emas’  kerana ramai sudah maklum bahawa pelaburan emas memberi keuntungan tinggi ditambah pula pelabur terbiasa dengan konsep saham.   Penyagak pelaburan yang menjalankan perniagaan tidak sah di sisi undang-undang akan menghadapi tindakan rampas oleh pihak berkuasa. Oleh itu mereka  biasanya akan menghilangkan diri sebelum tidakan oleh pihak berkuasa.

Jika hendak membeli saham belilah saham dari syarikat yang sah dan ‘genuine’. Jika hendak melabur emas, belilah emas. Tip panduan membeli emas telah saya terbitkan dalam keluaran yang lalu. Semuga pengehuan ini akan member keuntungan kepada anda.

No comments:

Post a Comment