TAHNIAH

TAHNIAH
TAHNIAH ANDA BERPELUANG MELABUR YANG MENGUNTUNGKAN

Thursday, June 16, 2011

WANG, EMAS DAN HARTA

Allah telah mengurniakan berbagai logam atau bukan logam dengan sifat-sifatnya yang tersediri.  Semua kurniaan ini untuk kesejahteraan manusia.  Sebahagian bahan ini manusia perolehi secara mudah dengan kuantiti yang besar manakala sebahagian lain sukar di perolehi. Sejak berzaman, manusia sangat-sangat mengemari emas walaupun ia sukar diperolehi. Ini menjadikan emas merupakan logam elit di dalam peradapan manusia yang bernilai tinggi.


Dalam era zaman perdagangan tukar barang (barter trade), emas banyak digunakan sebagai medium tukar barang.  Kebanyakan wang emas menggunakan gred 916 yang lasak untuk perdagangan. Nilai wang emas ini berkadar dengan berat wang emas tersebut dan bukan pada cap nombor pada wang emas dan juga tidak bergantung pada negara pengeluar wang tesebut. Zaman ini manusia mendapatkan emas untuk perdagangan, perhiasan atau harta. Allah mengredkan kekayaan harta umatnya melalui bilangan haiwan ternakan komoditi, hasil ladang komoditi dan berat simpanan emas individu.

Negara Cina merupakan negara yang terawal mengantikan wang emas wang kertas untuk urusan perdaaganan. Ini diikuti ohleh Eropa, Amerika dan seterusnaya merata dunia.  Kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki menukar pnggunaan wang emas kepada wng kertas mulai 1924. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang pada mulanya bersandarkan emas. Penjajah awal Melayu Melaka Pertugis dan Belanda tida memperkenalkan wang kertasnya. Manakala penjajah Inggeris, Jepun dan Inggeris semula masing-masing memperkenalkan wang kertasnya. Malaysia menggunakan wang kertas sendiri mulai tahun 1967.



Seterusnya, selain pengunaan wang kertas, harta juga dapat ditukar bentuk simpanan bank (wang elektronik), sijil-sijil saham atau surat-surat perjanjian harta. Populariti wang kertas menyebabkan semua nilai barangan termasuk emas, hartatanah, ternakan dan sebagainya dirujuk kepada wang kertas negara masing-masing. Apabila bandingkan dari masa ke semasa, nilai barangan semakin meningkat berbanding dengan nilai wang kertas masing-masing negara. Dalam kata lain, nilai wang kertas merosot berbanding dengan nilai barang. Fenomena ini di sebut inflasi.  Semakin tinggi inflasi semakin mahal nilai barangan seperti petroleum, minyak masak, gula, ternakan, kayu, getah, besi, emas, hartatanah dan sebagainya. Oleh itu tidak menguntungkan jika kita menyimpan harta yang dinilaikan dengan wang ketas seperti menyimpan wang kertas atau simpanan bank kerana nilainya akan merosot berbanding dengan barangan. Adalah lebih menguntungkan kita menyimpan barang fizikal seperti di atas.  Emas merupakan barang fizikal yang popular untuk disimpan sebagai eset atau pelaburan berbanding dengan barang yang laian kerana ia bernilai tinggi, boleh di gadai dan mudah dipindah milik.


Pembaca yang ingin membeli atau menjual emas, sila hubuni saya;

(Md. Yusof Theeran)

Hp: 013 3283828

Email : yusoftheeran@hotmail.com

No comments:

Post a Comment