TAHNIAH

TAHNIAH
TAHNIAH ANDA BERPELUANG MELABUR YANG MENGUNTUNGKAN

Tuesday, September 13, 2011

SKIM CEPAT KAYA 'Unit Gold 2U'.

Jejak kotor firma MLM Malaysia di Bangalore
CHENNAI 11 Sept. — Jejak kotor sebuah syarikat jualan langsung berpangkalan di Malaysia dikesan di Bangalore, selepas polis bandar raya mendedahkan komplot laman kewangan itu dengan penangkapan tiga ejen tempatan.
Polis di ibu negara teknologi maklumat India itu percaya ia merupakan syarikat yang sama yang berdaftar di Batu Caves yang memperdaya hampir 70,000 pelabur miskin di kawasan luar bandar Manipur yang terletak di bahagian timur laut India, terbabit di Bangalore.
"Tidak syak lagi tentang itu, ia merupakan syarikat sama dengan cawangan yang banyak.
"Mereka juga beroperasi di Manipur. Kami ingat sekurang-kurangnya 500 hingga 1,000 orang telah melabur di sini dengan syarikat yang berpangkalan di Malaysia," kata seorang pegawai kanan polis, yang biasa dengan penyiasatan itu, kepada Bernama.
Minggu lepas, polis menangkap pengurus besar dan seorang akauntan UNIPAY2U yang mempunyai kaitan dengan syarikat induk di Malaysia yang menawarkan pulangan menarik kepada para pelabur sehingga setinggi 20 peratus atau lebih.

Syarikat yang digelar pencipta kekayaan dengan pejabat di Puchong Jaya itu didakwa turut memperkenalkan skim pelaburan istimewa yang lain seperti 'Visarav' dan 'Unit Gold 2U'.
Pelaburan yang sama juga dilancarkan di Manipur pada 2009 dan pengusaha menghilangkan diri selepas syarikat itu diserbu, menyebabkan ramai mengalami masalah kewangan.
Menurut siasatan polis, syarikat itu telah beroperasi di Bangalore selama hampir setahun dengan ramai ejen-ejen tempatan memperomosikan model pelaburan palsu.
"Kami menjangkakan ramai lagi orang akan membuat aduan selepas tangkapan.
Kes ini telah dipindahkan kepada CID (Cawangan Siasatan Jenayah) kerana ia membabitkan sebuah syarikat luar dan mereka akan menggunakan saluran rasmi untuk menyiasat syarikat Malaysia itu," kata pegawai itu.
Sementara itu, polis Manipur juga telah memburu ejen-ejen yang terbabit mempromosikan skim cepat kaya tetapi ramai telah menghilangkan diri. — BERNAMA

RE:  Pelabur dalam skim cepat kaya tidak  faham bagaimana keutungan pelaburan diperolehi . Mereka ini ibaratkan  menjana keuntungan secara mistik.  Sila baca artikal saya bulan Jun 2011, saya telah terangkan ‘Apa itu Pelaburan Emas”

Wednesday, September 7, 2011

Penyokong Gaddafi lari ke Niger bawa emas, duit

BENGHAZI: Penyokong setia bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memasuki Niger awal pagi semalam dengan konvoi terdiri daripada beberapa kenderaan, membawa bersama wang tunai dan emas.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang memerintah negara itu berkata, konvoi berkenaan memasuki Niger dari Jufra dengan bantuan puak Tuareg, suku kaum yang tinggal di sempadan kedua-dua negara. Pegawai berkenaan berkata, konvoi itu membawa emas dan wang yang diambil di cawangan Bank Pusat Libya di Sirte. – AP



RE :  Emas yang di bawa oleh pelariah Libya memang laku di seluroh dunia termasuk Niger. Harap-harap duit Libya yang mereka bawa juga laku di Niger. Jika mereka bawa sijil saham atau buku bank tidak laku di Niger itu.

Tuesday, September 6, 2011

HABOK EMAS PUN SANGAT BERNILAI

Larikan serbuk emas RM200,000

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 5 Sept. – Polis memburu tiga individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Bukit Mok Mek, Jertih, pada 31 Ogos lalu, sebelum melarikan serbuk emas dan barangan perak bernilai RM200,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek yang berusia lingkungan 30-an itu dipercayai turut aktif melakukan kes curi di Pahang dan Lembah Klang.
Katanya, ia berdasarkan hasil siasatan ke atas seorang suspek berusia 28 tahun berasal dari Bentong, Pahang, yang ditahan pada hari kejadian berkenaan.
“Hasil siasatan kita percaya dua lagi suspek yang melarikan diri itu, dibantu isteri salah seorang daripadanya dan turut bersekongkol memecah masuk kedai emas tersebut,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, suspek dipercayai memasuki sebuah kedai kosong yang terletak bersebelahannya sebelum menebuk dinding kedai emas terbabit.
“Mereka berjaya memasuki kedai emas itu namun gagal memasuki bilik kebal tempat simpanan barang kemas.
“Suspek hanya dapat sejumlah serbuk emas dan barangan perak dianggarkan bernilai kira-kira RM200,000 yang tidak disimpan di dalam bilik kebal,” katanya.
Menurut beliau, polis yang mendapat maklumat bertindak pantas menyerbu kedai itu dan berjaya menahan salah seorang suspek ketika cuba melarikan diri dengan sebuah Perodua Myvi tidak jauh dari tempat kejadian.


RE :  Jika nak melabur emas, belilah emas fizikal seperti jongking emas, siling emas (Dinar), barang kemas atau habuk emas. Berhati-hati jika melabur skim emas yang memberi anda janji keuntungan dengan cara anda mendapat surat kontak penjajian, surat gadai emas  atau ‘cek postdated’ .

Friday, August 26, 2011

Pamphlet for Sale

Sebagaimana maklum syarikat Public Gold ada menyediakan pamplet untuk kegunaan  agen-agen Public Gold. Saya juga ada menyediakan pamphlet  untuk kegunaan  agen-agen Public Gold. Pamplet menyediakan ruang untuk mencetakan maklumat anda sebagai agen Public Gold.



Kos untuk mendapatkan pamplet ini sebanyak RM30 setiap 100 helai. Dalam masa promosi ini, kos pos adalah percuma. Jika berminat sila hubungi saya di bawah;

Md.Yusof Theeran
(Hp: 013-3283828)
Email: yusoftheeran@hotmail.com

Gaddafi mungkin jual simpanan emas Libya

MILAN 25 Ogos - Bekas Gabenor Bank Pusat Libya, Farhat Bengdara mendakwa Muammar Gaddafi akan cuba menjual sebahagian daripada simpanan emas Libya bagi membayar kos mendapatkan perlindungan dan menaja usaha menghuru-harakan hubungan antara puak di negara ini.

Bengdara yang menyokong gerakan pemberontak berkata, sekutu Gaddafi sebelum ini menawarkan 25 tan emas kepada seorang rakannya tidak lama dahulu.
''Rakan saya merujuk penjualan itu kepada saya dan saya mencadangkan mereka menolaknya. Tetapi ia merupakan petunjuk yang jelas,'' katanya kepada akhbar Itali, Corriere della Sera hari ini.
Beliau berkata, rakannya itu bukan seorang warga Libya, namun tidak memberikan maklumat lanjut.
''Simpanan emas bernilai AS$10 bilion (RM30 bilion) berada di Tripoli dan Gaddafi telah mengambil sejumlah daripadanya,'' ujarnya.
Bengdara percaya Gaddafi sudah meninggalkan Tripoli dan kini menuju ke sempadan Algeria.
''Kini, beliau akan membayar sejumlah puak dan kumpulan militan bagi mendapat perlindungan dan mewujudkan keadaan huru-hara,'' ujarnya.

Bekas Gabenor Bank Pusat yang kini Pengarah bank UniCredit Itali berkata, Libya memerlukan AS$5 hingga AS$7 bilion (RM15 hingga RM21 bilion) sebagai pinjaman berterusan untuk memulakan semula sistem bank dan membayar import.
''Libya tidak memerlukan peminjam kerana ia merupakan sebuah negara kaya. Aktiviti negara daripada Pihak Berkuasa Pelaburan, bank pusat dan simpanan emas bernilai AS$168 bilion. Tetapi semua itu telah dibekukan,'' ujarnya.
Beliau berkata, ia akan memakan masa berbulan-bulan dan satu resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencairkannya. – REUTERS



RE : Simpan emas harga meningakat, boleh jual ke seluroh dunia. Pelaburan saham jika dibekukan oleh kerajaan, pelaburan hilang begitu saja.

Thursday, August 25, 2011

Harga emas terus tinggi, Melonjak ke paras RM180 segram

Oleh Mahanum Abdul Aziz
BERITA HARIAN 2011/08/23


HARGA emas terus melonjak ke paras tertingginya dalam sejarah iaitu pada AS$1,888.90 seaun atau kira-kira RM180 segram semalam berikutan kebimbangan berterusan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kemelesetan
berganda, di samping krisis hutang di Eropah yang semakin meruncing.

Keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini menggalakkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga itu kerana ia antara pelaburan lindung nilai yang terbaik ketika krisis ekonomi. Ketua Penyelidik Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pihaknya menjangkakan harga emas bakal mencecah paras AS$1,900 seaun dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan dolar AS secara berterusan dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi sekali lagi di AS.
Beliau berkata, pihaknya juga melihat harga emas mempunyai potensi untuk mencecah paras AS$2,000 seaun menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap logam berharga itu kerana pelabur lebih gemar melabur dalam emas ketika ketidaktentuan pasaran dunia.

“Penurunan penarafan hutang AS menggalakkan pemegang bon AS menjual pegangan masing-masing dan membeli emas. Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi baru di AS serta kelemahan dolar juga mendorong harga emas untuk melonjak ke paras tertinggi,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Kebanyakan penganalisis pasaran sebelum ini menjangkakan permintaan bagi emas akan terus meningkat pada masa depan terutama dari China dan India didorong peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Mereka melihat keadaan tidak menentu di AS dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

“Prospek ekonomi AS yang malap berserta data ekonomi yang lemah ditambah krisis hutang Eropah yang semakin meruncing telah mendorong harga emas terus melonjak lebih daripada sukuan sejak Julai lalu,” jelas seorang penganalisis pasaran.

“Kami tidak melihat sebarang faktor positif yang dapat menyokong ekonomi AS dalam tempoh beberapa bulan ini,” tambahnya.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Friday, August 12, 2011

Harga emas lepasi paras AS$1,800 seaun

NEW YORK 11 Ogos - Harga emas dunia melepasi paras AS$1,800 (RM5,400) seaun semalam buat pertama kalinya selepas pelabur menarik keluar pelaburan mereka bagi membeli kontrak komoditi itu.
Emas menjadi kegemaran pelabur bagi berhadapan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu pada masa ini.
Sementara itu, di awal dagangan pasaran emas Asia, komoditi tersebut melonjak ke paras tertinggi AS$1,814.50 (RM5,443.50) hingga AS$1,815.50 (RM5,446.50) seaun.

Rekod itu dicatatkan selepas pasaran ekuiti Asia menjunam pada dagangan awal, dengan Tokyo kerugian sehingga dua peratus, Seoul pula jatuh sebanyak empat peratus dan Sydney didagangkan 1.5 peratus lebih rendah.
Para pelabur telah dikejutkan dengan kemungkinan penurunan taraf kredit Perancis yang berada dalam keadaan terumbang-ambing selepas penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) diturunkan untuk pertama kalinya.
Khabar angin tentang penurunan taraf kredit Perancis itu timbul ekoran masalah yang dihadapi oleh beberapa bank di negara itu dan menguatkan lagi kebimbangan krisis hutang zon Eropah yang telah merebak.
Pelabur-pelabur bimbang bahawa Itali dan Sepanyol akan menjadi negara seterusnya yang tidak mampu membayar hutang mereka.
Sistem kewangan Eropah berada dalam keadaan buruk disebabkan oleh pihak bank yang memegang bon negara-negara yang mempunyai hutang besar seperti Greece dan Portugal.
Para pelabur dilihat berpaut kepada apa yang mereka rasakan sebagai pelindung nilai berbanding turun naik pasaran saham dan mata wang.
Komoditi itu pernah didagangkan sekitar AS$900 (RM2,700) pada musim panas 2008 sebelum krisis kewangan berlaku pada tahun itu. - Agensi

Thursday, August 11, 2011

Dinar: Masa lancar RM323, hari ini RM809

Rizal Tahir   

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.



RE : Semak harga emas Public Gold. Rujuk tip membeli emas di dalam blog Rangkaianemas keluaran Jun 2011. Selamat melabur.

Wednesday, August 10, 2011

BONUS ADA KESAN SAMPINGANNYA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, semalam.  Pemberian bonus  tidak kira miskin atau kaya, tentunya gembira membantu mereka meningkatkan daya beli menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. Bonus ini memberi kesan sampingan kenaikan inflasi.
  • Harga makanan dan pakaian meningkat.
  • Harga perabut dan emas akan meningkat.

Rakyat berpendapatan rendah dan sederhana boleh membuat persiapan hari raya seperti makanan dan pakaian. Penerima bonus yang kaya bertambah potensi untuk membeli perabut, barang kemas, simpanan dan pelaburan. Penerima-penerima bonus dinasihatkan supaya menggunakan bonus tersebut secara cermat dengan melakukan perkara yang berfaedah. Nasihat ini berguna juga kepada semua  pembaca agar menggunakan wang secara bijak.


RE : Yang nak tambah kaya boleh tambah simpanan emas daripada simpan duit.

Thursday, August 4, 2011

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa (Sambungan 2)

Dari Web Traungkite
Posted: Mon Jul 25, 2011 12:02 am 

Amaran 4: Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman...di mana tiada apa yang bernilai...dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]




Amaran 5: Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya...memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011.
Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article

Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang!
Link: http://efendybloger.blogspot.com/2011/03/profesor-harvard-ingatkan-ancaman.html

Ini saja yang sempat saya kongsikan bersama pembaca semua...terpulang untuk mempercayainya atau tidak...saya bukanlah dari background ekonomi, sasterawan, mahupun ahli sejarah...


Last edited by Mellayunet on Mon Jul 25, 2011 12:10 am


Ini duit Malaysia juga: Dulu laku sekarang tak laku

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa

Dari Web Traungkite
Posted: Mon Jul 25, 2011 12:02 am 

Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas!
Link: http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441



Duit penjajah: Dulu laku sekarang tak laku

Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu!
Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/

Amaran 3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini...bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita... Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan...




Bersambung…


Wednesday, August 3, 2011

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

SEOUL 2 Ogos - Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.

Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).
Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.
Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan


Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.
Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.

Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia - dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.
''Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,'' kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.
Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.
Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. - Reuters




Rangkaian Emas : Cepat!! Melabur Emas dengan kami.

Tuesday, August 2, 2011

Prestasi harga emas diunjur terus melonjak

Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2011/08/02

Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun

PELABURAN dalam emas diunjurkan mampu memberikan pulangan sehingga 24 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan harga logam berharga itu dijangkakan mencecah AS$2,100 seauns menjelang 2014. Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata permintaan bagi emas dijangkakan terus meningkat terutama dari China serta India berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.


Beliau berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu berikutan masalah hutang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing. 

 
Pelaburan emas 24% setahun
Pelaburan ASN, ASB ?
Tabung haji ?
Bank Rakyat ?
Kopersi Felda ?
FIKIRLAH SENDIRI.

Wednesday, July 27, 2011

PELABURAN EMAS –UBAH NASIB

Hari ini ahkbar  Berita Harian menyiarkan berita mengenai jualan emas. Ahkbar ini menyiarkan kejayaan seorang Master Dealer Public Gold En. Mohd Faeez Mazlan  yang dapat menjual emas purata RM200,000.00 sebulan dengan pendapatan RM40,000.00 sebulan. En. Faeez  berniaga emas dengan Public Gold dengan modal RM35,000.00 sahaja.


Untuk pengetahuan pembaca, modal untuk menjadi dealer Dealer Public Gold sebanyak RM 20,000.00 sahaja. Jika anda simpan saja stok jualan anda, anda dapat keuntungan kenaikan harga emas biasanya 25% setahun. Jika anda jual emas kepada pelangan, anda dapat 1-1.5% setiap jualan. Jika anda beli semula dari pelangan, anda dapat 5% . Jika anda jual  kembali kepada Public Gold, anda akan dapat 0.3% lagi.  Berniaga emas memang tidak rugi. Jual emas dapat  untung,   kembalikan emas ada komesen, beli emas semula banyak untung,  simpan stok emas pun ada peratus kenaikan harga.

Rangkaian Emas : Jom berniaga emas dengan kumpulan kami.

Tuesday, July 19, 2011

Emas Lepasi Paras AS$1,600 seauns

Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2011/07/19

Pelabur alih tumpuan berikutan bimbang krisis hutang di Eropah, AS berlarutan

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).


Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat.

Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

Komen: cepat melabur emas melalui saya;
..bersambung

Thursday, July 14, 2011

MENYIMPAN EMAS DENGAN SELAMAT


Dalam tip pelaburan emas yang lalu mensarankan membeli emas fizikal banyak kelebihan berbanding membukan akaun emas di bank.  Oleh itu anda perlu menyimpan emas tersebut dengan sebaik-baiknya untyuk keselamatan emas itu dan juga diri anda. Berikut beberapa petua menyimpan emas.

 

 

1.    Jangan heboh-hebohkan anda menyimpan emas.

2.    Sembunyikan di rumah secara creative. Jangan simpan di dalam almari pakaian, meja solek yang biasa digeledah oleh pencuri.

3.    Pasang CCTV. Harga system CCTV sekitar RM2000.00

4.    Guna peti besi simpanan peribadi di rumah anda. Jangan heboh-hebohkan anda mempunyai peti simpanan ini. Rahsiakan alamat anda dengan penjual peti besi itu

5.    Sewa peti simpanan bank/syarikat keselamatan. Kos peti simpanan ini sekitar RM200 setahun.

 

Kaedah 5 merupakan kaedah yang paling aman menyimpan emas tetapi anda perlukan kos dan masa untuk menyimpan emas.

Tuesday, July 12, 2011

KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD

Emas  dapat di beli melalui beberapa konsep jualan emas seperti kedai emas (barang kemas), bank terpilih dan Agen siling dan jongkong emas.  Berpandukan tip pelaburan emas keluaran yang lalu,  pelaburan emas akan membeli emas melalui bank atau Agen siling dan jongkong emas. 

 

 Public gold merupakan agen siling dan jongkong emas yang mempunyai banyak kelebihan. Sila analisa kebaikan membeli emas dari Public Gold berikut;

1.  Pengiktirafan oleh berbagai-bagai ajensi.
2.  Harga yang dijual adalah kompetitif. Ia mengikut harga pasaran emas semasa. Harga berubah setiap 20 minit. Untuk mengetahui  harga, sms perkataan ‘PUBLIC DINAR’ sms ke nombor  32828.
3.  Spread (beza harga beli dan jual) yang kecil (antara 5% - 6%)
4.  Stok sentiasa ada. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga murah mengikut harga semasa.
5.  Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
6.  Public Gold mempunyai cawangan di seluroh Malaysia. Ia merupakan syarikat yang kukuh yang menjamin pelaburan anda.
7.  Setakat ini terdapat 8000 ajen Public Gold sedia membantu anda.  Anda boleh berurus niaga 24jam dari rumah anda. 
8.  Berpeluang menjadi ajen untuk berniaga bersama-sama PULIC GOLD.  Komesen  0.3 hingga 2%.

Monday, July 4, 2011

ATM PENGELUARAN EMAS

Membeli emas semakin mudah dengan adanya mesin ATM terus mengeluarkan kepingan emas. Saya terbaca sebuah web yang melapurkan kepingan emas dapat dibeli melalui mesin ATM di Westfield, London  yang terus mengeluarkan kepingan emas. Mesin ATM ini menjual emas yang mengikut harga pasaran antara bangsa yang di kemas kini setiap 10 minit. 




Semasa berita ini di lapurkan, emas di jual dengan harga 1 gram berharga  L 40 (RM 192.97),  2.5 gram berharga  L 100 (RM 482.46) dan  250 gram berharga  L 10,250 (RM 49,445).  Tidak pula bagaimana hendak menjual kembali emas tersebut kepada syarikat berkeanaan dan tidak di nyatakan emas 916 atau 99.99. Untuk perbandingan, lihat harga emas Public Gold di sebelah.


Sumber : Malaysia sensasi & kosmo

Thursday, June 23, 2011

PELABURAN EMAS VS SKIM PELABURAN EMAS



Ramai yang terkeliru di antara konsep  pelaburan emas dengan skim pelaburan (atau saham) emas. Semasa saya buat promosi pelaburan emas,  saya sering mendapat soalan seperti ” jika saya beli emas dengan tuan boleh kah saya jadi kaya ?” dan ” berapakah pendapatan bulanan saya?". Pelaburan emas dengan skim pelaburan emas merupakan konsep yang berbeza.Sebagai panduan, saya huraikan secara ringkas maksud pelaburan emas. Sebagai panduan, saya huraikan secara ringkas maksud pelaburan emas.
Sebagaimana Pelaburan hartatanah, ia bermaksud anda membeli rumah atau tanah. Anda mendapat pulangan atau keuntungan dari hasil sewa bulanan.  Keuntungan hartatanah juga boleh diperolehi semasa anda menjual semula hartatanah tersebut pada harga yang tinggi. Begitu juga pelaburan emas yang  bermaksud anda membeli emas.  Pelaburan emas tidak ada keuntungan dari hasil sewa bulanan berbanding dengan hartatanah.  Keuntungan emas boleh diperolehi semasa anda menjual semula emas tersebut pada harga yang tinggi


Pelabur yang kurang pengetahuan tetapi taksub dengan konsep 5 D ( duduk diam diam dapat duit) boleh terperangkap dengan penyagak pelaburan.  Pada dasarnya, tiada skim pelaburan emas yang ada hanyalah Skim simpanan akaun emas di dalam bank dan skim amanah saham. Beberapa syarikat menggunakan kesempatan menggunakan nama  ‘skim pelaburan emas’  kerana ramai sudah maklum bahawa pelaburan emas memberi keuntungan tinggi ditambah pula pelabur terbiasa dengan konsep saham.   Penyagak pelaburan yang menjalankan perniagaan tidak sah di sisi undang-undang akan menghadapi tindakan rampas oleh pihak berkuasa. Oleh itu mereka  biasanya akan menghilangkan diri sebelum tidakan oleh pihak berkuasa.

Jika hendak membeli saham belilah saham dari syarikat yang sah dan ‘genuine’. Jika hendak melabur emas, belilah emas. Tip panduan membeli emas telah saya terbitkan dalam keluaran yang lalu. Semuga pengehuan ini akan member keuntungan kepada anda.

Friday, June 17, 2011

TIP PELABURAN EMAS

Publisiti keuntungan pelaburan emas,  telah menarik ramai orang berminat melabur dalam emas. Berbagai-bagai kaedah dan syarikat menawarkan pelaburan emas. Kurang pengetahuan dalam pelaburan menyebabkan penyangak-penyangak pelabur mengamgambil kesempatan menghiyanati pelabur. Banyak artikel penduan pelaburan emas telah di paparkan dalam bloger-bloger oleh sifu-sifu pelaburan emas. Sebagai ringkasan saya senaraikan tip pelaburan emas untuk dikongsi bersama.

1.  Beli  emas fizikal kerana ia menjadi kepunyaan muktamad anda. Anda boleh simpan, jual, gadai,   Hadiah atau pindah milik……

2. Membeli  emas dari sumber yang murah, senang dan menjual semula dengan harga tinggi. Tanya tauke emas dan semak perbezaan harga belian dan jualan yang  rendah (spread)

3. Semak syarat jual-balik, contohnya resit asal perlu disediakan, emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau bungkusan emas tidak boleh koyak. dan lain-lain lagi.

4.  Stok yang mudah dibeli  dan di jual semula walaupun harga turun atau naik.


5.   Beli emas semasa anda mempunyai wang. Harga emas akan meningkat dari masa ke semasa.

6.   Jual semula emas  semasa anda perlukan wang untuk membeli keperluan anda.  Anda akan beroleh kentungan semasa anda menjual emas setelah harga emas meningkat.


RE:  Skim pelaburan emas mempuyai risiko syarikat  menghilangkan diri atau dirampas oleh kerajaan

Thursday, June 16, 2011

WANG, EMAS DAN HARTA

Allah telah mengurniakan berbagai logam atau bukan logam dengan sifat-sifatnya yang tersediri.  Semua kurniaan ini untuk kesejahteraan manusia.  Sebahagian bahan ini manusia perolehi secara mudah dengan kuantiti yang besar manakala sebahagian lain sukar di perolehi. Sejak berzaman, manusia sangat-sangat mengemari emas walaupun ia sukar diperolehi. Ini menjadikan emas merupakan logam elit di dalam peradapan manusia yang bernilai tinggi.


Dalam era zaman perdagangan tukar barang (barter trade), emas banyak digunakan sebagai medium tukar barang.  Kebanyakan wang emas menggunakan gred 916 yang lasak untuk perdagangan. Nilai wang emas ini berkadar dengan berat wang emas tersebut dan bukan pada cap nombor pada wang emas dan juga tidak bergantung pada negara pengeluar wang tesebut. Zaman ini manusia mendapatkan emas untuk perdagangan, perhiasan atau harta. Allah mengredkan kekayaan harta umatnya melalui bilangan haiwan ternakan komoditi, hasil ladang komoditi dan berat simpanan emas individu.

Negara Cina merupakan negara yang terawal mengantikan wang emas wang kertas untuk urusan perdaaganan. Ini diikuti ohleh Eropa, Amerika dan seterusnaya merata dunia.  Kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki menukar pnggunaan wang emas kepada wng kertas mulai 1924. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang pada mulanya bersandarkan emas. Penjajah awal Melayu Melaka Pertugis dan Belanda tida memperkenalkan wang kertasnya. Manakala penjajah Inggeris, Jepun dan Inggeris semula masing-masing memperkenalkan wang kertasnya. Malaysia menggunakan wang kertas sendiri mulai tahun 1967.



Seterusnya, selain pengunaan wang kertas, harta juga dapat ditukar bentuk simpanan bank (wang elektronik), sijil-sijil saham atau surat-surat perjanjian harta. Populariti wang kertas menyebabkan semua nilai barangan termasuk emas, hartatanah, ternakan dan sebagainya dirujuk kepada wang kertas negara masing-masing. Apabila bandingkan dari masa ke semasa, nilai barangan semakin meningkat berbanding dengan nilai wang kertas masing-masing negara. Dalam kata lain, nilai wang kertas merosot berbanding dengan nilai barang. Fenomena ini di sebut inflasi.  Semakin tinggi inflasi semakin mahal nilai barangan seperti petroleum, minyak masak, gula, ternakan, kayu, getah, besi, emas, hartatanah dan sebagainya. Oleh itu tidak menguntungkan jika kita menyimpan harta yang dinilaikan dengan wang ketas seperti menyimpan wang kertas atau simpanan bank kerana nilainya akan merosot berbanding dengan barangan. Adalah lebih menguntungkan kita menyimpan barang fizikal seperti di atas.  Emas merupakan barang fizikal yang popular untuk disimpan sebagai eset atau pelaburan berbanding dengan barang yang laian kerana ia bernilai tinggi, boleh di gadai dan mudah dipindah milik.


Pembaca yang ingin membeli atau menjual emas, sila hubuni saya;

(Md. Yusof Theeran)

Hp: 013 3283828

Email : yusoftheeran@hotmail.com